YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Apr 27, 2022

KASIHI ANAK YATIM DI BULAN SYAWAL

RM10,793 / 35.98 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

383 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menjayakan program beri duit raya untuk anak-anak yatim piatu. Mudah-mudahan ia menjadi asbab Allah SWT mengampuni kita semua.


Assalamualaikum W.B.T. Anak-anak yatim dan piatu adalah golongan yang tidak mempunyai ibu dan bapa di dunia. Mereka adalah golongan yang menyambut hari raya tanpa ibu dan bapa. Perasaan seorang anak tanpa ibu bapa disisi semasa hari raya amatlah menyedihkan. Justeru itu, Pihak Yayasan ingin mengembirakan golongan ini di hari raya dengan pemberian duit raya agar dapat mereka memanfaatkan untuk keperluan mereka.



Bagi anak-anak yatim piatu ini, duit raya merupakan kegembiraan yang tidak ternilai kerana ia dianggap sebagai tanda kasih kita kepada mereka. Oleh itu, diharapkan agar pemberian duit raya ini mampu memberi kebahagian kepada kanak-kanak yatim piatu yang dirai.



Justeru itu, melalui kempen ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) akan menyalurkan sumbangan duit raya untuk mereka pada minggu pertama Aidilfitri. Jumlah anak-anak yatim piatu yang menerima sumbangan ini berjumlah 150 orang dari beberapa rumah kebajikan persendirian yang berada di sekitar Lembah Klang. Setiap mereka akan menerima duit raya berjumlah RM200 setiap seorang.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sumbangan duit raya ini demi melihat anak-anak yatim piatu yang dirai menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan.


Allah S.W.T berfirman: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Ali-Imran: 133 – 134)


Terima Kasih. Wassalam.

Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2022

NURUL AFIQAH AMYLA BINTI AZMY

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2022

MOHD AFIQ

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 11, 2022

Kempen Sumbangan Tamat