YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 15, 2021

INFAQ PEMBANGUNAN FASA PERTAMA PUSAT PENDIDIKAN ISLAM DEWASA

RM710 / 4.73 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

40 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak YAMM ingin membuka peluang kepada orang ramai untuk berinfaq bagi melaksanakan projek pembangunan FASA PERTAMA iaitu Infaq Pelan Projek Dan Kerja-Kerja Pembersihan Tapak Pembinaan Bangunan.

Assalamulaikum W.B.T.

 

Infaq Pembangunan

 

Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) telah menerima sebidang tanah seluas 2 ekar di Kg. Hj. Salam, Mukim Ulu Benut, Simpang Renggam, Johor. Pihak YAMM bercadang untuk membangunkan tanah wakaf tersebut bagi tujuan pendidikan Islam khusus untuk golongan dewasa.

 

Sebagai permulaan, pihak YAMM ingin membuka peluang kepada orang ramai untuk berinfaq bagi melaksanakan projek pembangunan FASA PERTAMA iaitu Infaq Pelan Projek Dan Kerja-Kerja Pembersihan Tapak Pembinaan Bangunan. Berikut adalah penerangan mengenai Fasa-Fasa projek yang bakal dilaksanakan:

 

Fasa Pertama: Infaq Pelan Projek Dan Kerja-Kerja Pembersihan Tapak Pembinaan Bangunan.

 

Fasa Kedua: Infaq Kerja-Kerja Pembinaan Jalan Masuk, Kerja-Kerja Tambak Tanah Dan Pagar.

 

Fasa Ketiga: Infaq Pembinaan Cerucuk / Foundation Beam Bangunan.

 

Fasa Keempat: Infaq Bahan Binaan Asas Utama (Simen, Batu Bata / Batu Simen, Pasir, Tiang Dan Atap).

 

Fasa Keempat: Infaq Bahan Binaan Asas Tambahan (Pintu, Tingkap, Tile, Siling, Tanki Air, Piping Dan Toilet).

 

Fasa Kelima: Infaq Kemasukan Elektrik (TNB) Dan Air (Syarikat Air Johor).

 

Fasa Keenam: Infaq Projek Pembinaan Bangunan (kos upah kontraktor).

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) berbesar hati untuk mempelawa orang ramai bagi menjayakan projek ini demi manfaat khususnya para penuntut ilmu agama golongan dewasa dan usaha dakwah amnya. Semoga infaq Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

 



Terima Kasih.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2021

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 26, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2021

Kempen Sumbangan Tamat