YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jul 18, 2023

INFAQ MAKANAN UNTUK GELANDANGAN

RM210 / 3.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama bersedekah dengan memberi makanan kepada golongan gelandangan. Jom kita beri mereka makan!


Jika kita menelusuri di kawasan-kawasan kaki lima di sekitar ibu kota Kuala Lumpur di waktu larut malam, sudah pasti kita akan menemui ramai golongan gelandangan sedang berehat ataupun tidur. Mereka ini adalah seperti kita yang perlukan kehidupan, namun disebabkan kemampuan yang begitu terhad, mereka tiada tempat berlindung dari hujan dan panas. Akhirnya, mereka terpaksa berlindung di bawah bangunan, jambatan, kaki lima kedai dan di perhentian bas atau teksi. Sebahagian mereka berkerja dan ada pendapatan, namun pendapatan mereka tidak mampu untuk mereka memiliki kediaman bahkan menyewa bilik pun mereka tidak mampu.



Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia sejak sekian lama telah dan akan terus aktif dengan program mendekati golongan gelandangan ini di beberapa kawasan di Lembah Klang khususnya di kawasan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Program ziarah kami mendapat sambutan dan mereka amat gembira apabila mereka diraikan dengan pemberian pek makanan percuma beserta air minuman.



Oleh itu, atas rasa prihatin terhadap mereka ini, maka pihak Yayasan akan meneruskan program pemberian makanan percuma berupa nasi bungkus dan air minuman serta sedikit duit poket untuk mereka. Sasaran bantuan akan melibatkan golongan gelandangan yang berjumlah 70 orang yang berada di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat golongan gelandangan sebagai usaha untuk meringankan sedikit beban hidup mereka. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Bahawa seorang laki-laki bertanya kepada Raslulullah SAW, “Perbuatan apakah yang terbaik di dalam Islam? Maka Rasul menjawab, iaitu kamu memberi makan kepada orang lain, dan kamu mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

NORSALINA BINTI SULAIMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat