YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 07, 2023

BANTUAN IHSAN UNTUK WARGA TUA ASNAF UZUR

RM345 / 5.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan keperluan asas untuk warga tua asnaf yang uzur dan sakit. Jom kita bantu mereka!


Sesungguhnya tiada seorangpun dari kita yang inginkan sakit. Nikmat sihat adalah nikmat yang paling besar selepas seseorang itu beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Tidak dapat digambarkan betapa seksanya mereka yang sedang terlantar menanggung kesakitan. Sakit adalah asbab penghapusan dosa, namun kesengsaraan yang ditanggung oleh empunya badan, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Menikmati kesihatan lebih-lebih lagi ketika berada dalam lingkungan usia emas adalah nikmat yang tidak ternilai harganya. Kehidupan lebih bermakna apabila pada usia emas, badan masih sihat dan dikurniakan pula rezeki yang tidak putus-putus.



Ziarah kami ke beberapa kawasan di Selangor baru-baru ini telah menemui beberapa orang yang telah lanjut usia dan terlantar sakit yang mana mereka ini adalah golongan asnaf. Ada di kalangan mereka adalah ibu tunggal dan sebahagian lagi adalah bapa tunggal yang tidak lagi mempunyai pasangan. Walaupun ada di antara mereka yang dijaga oleh anak, tetapi anak mereka juga adalah golongan asnaf.



Simpati dengan keadaan mereka, maka Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas harian berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, telur, tepung gandum, bihun, biskut dan sebagainya. Ada juga sedikit bantuan kewangan termasuk keperluan-keperluan lain seperti lampin pakai buang, tisu basah, tuala mandi dan keperluan lain yang sesuai untuk mereka. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang warga tua asnaf yang berada di sekitar Negeri Sembilan dan Negeri Johor.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan warga tua asnaf yang telah uzur dan terlantar sakit. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita berikan ini sekurang-kurangnya mampu meringankan beban yang sedang ditanggung bukan sahaja oleh pesakit, namun oleh ahli keluarga atau anak mereka yang menjaga.



Dari Sayyidina Abu Darda', iaitu 'Uwaimir RA berkata: "Saya mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR Abu Daud)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat