YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 21, 2021

INFAQ ASNAF KELUARGA ANAK-ANAK SABAH DAN SARAWAK DI LEMBAH KLANG YANG TERKESAN COVID-19

RM455 / 4.55 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM10,000

34 penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsikan:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Asnaf ini demi manfaat golongan asnaf keluarga Anak-Anak Sabah dan Sarawak Yang Terkesan Covid-19.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Asnaf Keluarga Anak-Anak Sabah dan Sarawak Di Lembah Klang Yang Terkesan Covid-19

 

Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Asnaf akan menyalurkan bantuan kewangan dan makanan asas / makanan kering kepada golongan asnaf keluarga Anak-Anak Sabah dan Sarawak Yang Terkesan Covid-19 di sekitar Lembah Klang dan kawasan sekitar yang memerlukan. Bantuan juga akan diberikan kepada anak-anak Sabah dan Sarawak yang belajar di UA/IPTA dan IPTS yang memerlukan bantuan akibat terkesan dengan Covid-19.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Asnaf ini demi manfaat golongan asnaf keluarga Anak-Anak Sabah dan Sarawak Yang Terkesan Covid-19. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Nabi SAW bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

 

Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2021

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 30, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 29, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 29, 2021

Kempen Sumbangan Tamat