YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 28, 2021

INFAQ ASNAF IBU TUNGGAL MISKIN DAN ASNAF B40

RM1,591 / 24.48 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM6,500

90 penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsikan:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat Asnaf Ibu Tunggal Miskin dan Asnaf B40. Semoga sumbangan Tuan Puan beri ganjaran Allah SWT.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Asnaf Ibu Tunggal Miskin dan Asnaf B40

 

Program Infaq Asnaf untuk Asnaf Ibu Tunggal Miskin dan Asnaf B40 yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini mengkhususkan pemberian bantuan kewangan, makanan & keperluan harian untuk Ibu Tunggal Miskin dan Asnaf B40 yang berada di kawasan Lembah Klang.

 

Kempen ini dibuat berdasarkan banyaknya aduan yang diterima oleh pihak YAMM mengenai kesusahan yang dihadapi ketika ini lebih-lebih lagi apabila pasangan hidup mereka yang merupakan pencari rezeki tunggal keluarga meninggal dunia.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat Asnaf Ibu Tunggal Miskin dan Asnaf B40 dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Nabi SAW bersabda: "Orang yang memberi  kecukupan kepada para janda (ibu tunggal) dan orang-orang miskin (pahalanya) seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang qiamullail di malam hari atau yang berpuasa di siang harinya" (Hadis riwayat Bukhari)

Nabi SAW bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat Tirmizi)

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(al-Baqarah: 261)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2021

KAMSIAH BINTI AHMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM30.00

Nov 01, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2021

Kempen Sumbangan Tamat