YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 05, 2021

INFAQ ASNAF RUMAH PENYAYANG WARGA EMAS

RM1,400 / 21.54 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,500

73 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia ingin mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi manfaat warga emas asnaf di Rumah Penyayang Rohani. Semoga usaha Tuan Puan diganjari Allah SWT.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Asnaf Rumah Penyayang Warga Emas

 

Program Infaq yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini mengkhususkan pemberian bantuan kewangan, makanan & keperluan harian untuk golongan asnaf warga emas yang menghuni di Rumah Penyayang Rohani, di Jalan Ismail, Benut, Pontian, Johor. Seramai 8 orang warga emas asnaf yang menghuni rumah tersebut yang terdiri daripada 3 lelaki dan 5 perempuan dan urusan mereka ini dibantu oleh dua orang penduduk kampung berhampiran. Dijangkakan warga asnaf di rumah ini akan bertambah dalam masa terdekat dan ini sangat bergantung kepada kemampuan kewangan bagi menguruskan mereka.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia ingin mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi manfaat warga emas asnaf di Rumah Penyayang Rohani dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Daripada Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah orang yang muda itu apabila dia memuliakan orang yang tua disebabkan usianya, melainkan Allah akan menetapkan pada usia tuanya nanti akan ada orang yang memuliakannya.” (Riwayat al-Tirmizi)

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

 

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 14, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2021

Kempen Sumbangan Tamat