YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Feb 23, 2023

INFAQ JUMAAT UNTUK KEPERLUAN WARGA EMAS ASNAF

RM635 / 9.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

36 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan makanan asas harian dan sedikit bantuan duit saku untuk warga emas asnaf. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya jasa golongan warga emas tidak ternilai harganya. Mereka adalah sebahagian daripada masyarakat yang tidak sewajarnya dipinggirkan walaupun mereka tidak lagi produktif untuk pembagunan negara. Perlu diingat bahawa sebahagian mereka telah lama menabur bakti kepada masyarakat, agama hatta negara suatu ketika dahulu. Namun, golongan warga emas ini khususnya yang tergolong dalam lingkungan golongan asnaf amat perlu diberi perhatian untuk dibantu oleh kita semua.



Ziarah kami baru-baru ini menemui beberapa orang warga emas asnaf di beberapa kawasan di Selangor amat menyentuh perasaan apabila mereka ini sebenarnya hidup susah yang terpaksa dibantu keperluan harian mereka dengan bantuan saudara mara dan jiran terdekat. Mereka ini tidak lagi mampu berkerja untuk menyara kehidupan dan sebahagiannya tidak mempunyai keluarga. Walaupun sebahagiannya ada menerima bantuan dari pihak Zakat Selangor, namun jumlahnya amatlah minima dan mereka masih memerlukan bantuan dari pihak luar.



Menyedari akan kesusahan yang mereka hadapi, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas harian berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, telur, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan duit poket sebagai usaha untuk meringankan beban yang sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30-40 orang warga emas asnaf / miskin yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang. 



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan warga emas asnaf agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang-orang miskin itu masuk ke dalam syurga 40 tahun sebelum orang-orang kaya. Wahai ‘Aisyah, janganlah engkau menolak orang miskin walau dengan sebelah kurma. Wahai ‘Aisyah, cintailah orang miskin dan dekatlah dengan mereka kerana Allah akan dekat denganmu pada hari kiamat”(HR. Tirmidzi)



Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.”

(HR Muslim).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat