YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 24, 2022

INFAQ BAKUL MAKANAN UNTUK ASNAF

RM2,580 / 32.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

118 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada golongan miskin. Mudah mudahan dengan bantuan yang dihulurkan, kita mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.


Assalamualaikum W.B.T. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini ditambah pula dengan kenaikan harga barang berterusan telah menyebabkan golongan asnaf sama ada yang tinggal di kawasan kampung mahupun bandar amatlah terkesan. Mereka ini yang berkerja ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ dan sangat memerlukan keprihatinan kita. Bantuan yang dihulur walaupun tidak besar sudah pasti akan memberikan kelegaan untuk mereka meneruskan kehidupan. 



Dengan rasa simpati terhadap golongan asnaf yang miskin ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk menyalurkan bantuan kepada mereka berupa bantuan bakul makanan yang mengandungi makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, makanan dalam tin, bihun dan sebagainya sebagai usaha untuk meringankan beban yang sedang ditanggung oleh mereka. Sasaran bantuan ini adalah untuk 80 orang asnaf yang berada di Lembah Klang dan beberapa kampung di negeri Johor. Mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang seperti pekerja pembersihan, pembantu kedai, peniaga kecil dan buruh kampung.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini dan semoga dengan sumbangan bakul makanan yang diberi dapat meringankan sedikit tanggungan harian mereka. Semoga sumbangan para penyumbang akan diberi pahala dan ganjaran yang besar serta keampunan oleh Allah SWT.



Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah).


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid: 18)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 01, 2022

Kempen Sumbangan Tamat