YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 01, 2021

INFAQ BANTUAN ANAK YATIM DALAM KESUSAHAN

RM4,516 / 100.36 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM4,500

203 penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsikan:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat Anak-Anak Yatim yang memerlukan bantuan dan semoga Allah SWT membalas ganjarannya.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Bantuan Anak Yatim Dalam Kesusahan

 

Program Infaq Bantuan Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini mengkhususkan pemberian bantuan makanan & keperluan harian untuk Anak-Anak Yatim yang tinggal dalam keluarga asnaf akibat kehilangan bapa atau ibu sebagai pencari rezeki utama keluarga. Walaubagaimanapun, bantuan juga akan disalurkan kepada rumah anak Yatim di kawasan Lembah Klang yang memerlukan bantuan.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat Anak-Anak Yatim yang memerlukan bantuan dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).

 

“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani).


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(al-Baqarah: 261)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Tiada doa

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 01, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Nov 01, 2021

Kempen Sumbangan Tamat