YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 27, 2022

INFAQ BANTUAN UNTUK IBU TUNGGAL SAKIT

RM2,560 / 42.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

118 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh ibu tunggal asnaf ini yang sedang diduga dengan sakit kulit kronik. Jom kita bantu!

Sesungguhnya nikmat kesihatan merupakan nikmat yang tidak ternilai harganya. Dengan kesihatan yang baik, sudah pasti kita akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini. Walaubagaimanapun, sekiranya sakit, agama menyuruh kita untuk mencari penawar atau berubat bagi merawat sakit yang dihadapi.


Assalamualaikum W.B.T.


Bukan semua proses rawatan di hospital kerajaan disediakan secara percuma kerana bagi sesetengah penyakit, terdapat juga ubat khas yang memerlukan perbelanjaan sendiri untuk mendapatkannya secara berterusan selain kos pengangkutan ke hospital yang tinggi kerana bagi sesetengah kes pesakit, hanya kenderaan tertentu sahaja yang sesuai untuk membawa mereka ke hospital seperti ambulan.


Justeru itu, melalui program Infaq bantuan Yayasan Amal Maaruf (YAMM) ini, pihak yayasan terpanggil untuk membantu seorang asnaf ibu tunggal yang mempunyai seorang anak kecil yang kini sedang diduga dengan sakit kulit kronik yang menyebabkan beliau sukar untuk bergerak dan berkerja serta terpaksa menahan sakit sepanjang masa. Beliau yang tinggal di lembah Klang sangat memerlukan bantuan dan sumbangan dari penderma ikhlas di luar sana bagi meringankan beban kos rawatan yang sedang ditanggung oleh beliau.



Melihat keadaan beliau yang begitu menyedihkan, pihak YAMM berhasrat untuk menyalurkan bantuan berupa bantuan kewangan, ubat-ubatan, makanan yang sesuai serta keperluan-keperluan lain yang diperlukan oleh ibu tunggal ini.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama-sama membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh ibu tunggal asnaf ini dan semoga dengan bantuan yang diberi, ibu tunggal ini akan kembali sihat serta dapat menjaga anaknya yag masih kecil dengan baik.



Pesan Rasullulah SWT: “Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah, bentengilah harta kalian dengan zakat, dan siapkanlah doa untuk menghadapi musibah” (Riwayat Baihaqi)


Rasulullah SAW juga ada bersabda: "Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat. Bermaksud setiap manusia mempunyai bahagian dugaan masing-masing, tugas kita sebagai manusia juga mempermudahkan urusan orang yang berada dalam kesulitan.Ibu tunggal salah satu golongan yang memerlukan bantuan dari segi kewangan apabila mereka tiada tempat bergantung. Dibebani dengan sakit yang agak serius menghalang punca rezeki.


Sekian. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

May 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2022

Kempen Sumbangan Tamat