YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Feb 07, 2022

INFAQ BANTUAN KELAS BIMBINGAN AL-QURAN UNTUK ANAK YATIM

RM3,205 / 64.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

162 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menganjurkan kelas belajar Al-Quran iaitu belajar membaca dan tadabbur Al-Quran untuk anak-anak yatim semoga mereka menjadi insan celik dan cintakan Al-Quran.

Assalamualaikum Wbt, Al-Quran adalah kitab suci dan panduan hidup umat Islam. Mereka yang mengamalkannya akan memperoleh keberkatan hisup di dunia dan akhirat. Membaca Al-Quran sangat dituntut oleh agama. Terlalu banyak kelebihan membaca Al-Quran dan mengamalkannya. 


Sesungguhnya di kalangan kita yang terbaik adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya." (Hadith riwayat al-Bukhari). Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Katakanlah, Alquran ialah petunjuk dan penyembuh bagi orang-orang yang beriman.” (Fushshilat 41: 44).



Sebagai menyahut seruan akan kepentingan mempelajari Al-Quran, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) akan menganjurkan kelas belajar Al-Quran iaitu belajar membaca dan tadabbur untuk anak-anak yatim di pusat-pusat jagaan anak yatim persendirian di sekitar Lembah Klang yang akan dipimpin oleh ustaz dan uztazah yang bertauliah. 



Oleh itu, melalui program Infaq Bantuan Kelas Bimbingan Al-Quran Untuk Anak Yatim

Ini, sumbangan yang diterima akan disalurkan untuk membayar saguhati pengajar, pembelian naskhah Al-Quran dan rehal serta jamuan ringan selepas kelas pengajian.


Nabi SAW bersabda: “Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim).



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat anak-anak yatim agar mereka menjadi insan celik dan cintakan Al-Quran. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat