YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Feb 09, 2022

INFAQ BANTUAN UNTUK OKU MISKIN

RM1,405 / 28.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

69 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Atas rasa simpati dengan nasib yang menimpa golongan OKU miskin, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk membantu meringankan sedikit beban mereka. Mereka mengharapkan ihsan kita semua.


Assalamualaikum Wbt, Sesungguhnya kita sebagai insan sempurna sememangnya sukar untuk merasai keperitan hidup yang diharungi oleh mereka-mereka yang bergelar OKU atau Orang Kelainan Upaya. Kepayahan mereka akan lebih terasa sekiranya mereka adalah golongan miskin tidak berharta.


Dalam keadaan ekonomi yang begitu mencabar ketika ini, kehidupan golongan OKU miskin semakin sukar dan mereka begitu mengharapkan bantuan dari kita untuk kelangsungan hidup. Bukan mereka tidak menerima bantuan dari Institusi kerajaan, namun bantuan yang diterima tidak cukup untuk menampung keperluan seisi keluarga terutama kepada yang masih mempunyai anak-anak kecil.



Atas rasa simpati dengan nasib yang menimpa golongan OKU ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk membantu meringankan beban mereka dengan menghulurkan sedikit bantuan berupa makanan asas kering, sedikit bantuan kewangan dan keperluan lain yang difikirkan perlu untuk mereka seperti kerusi roda dan kaki palsu. 



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat golongan OKU miskin yang memerlukan bantuan. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)



Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Feb 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 18, 2022

Kempen Sumbangan Tamat