YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 04, 2022

KEPERIHATINAN UNTUK GELANDANGAN

RM662 / 22.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

38 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan terus menganjurkan program Infaq Makanan iaitu program beri makan berupa nasi bungkus kepada golongan gelandangan dan mereka yang miskin di sekitar Kuala Lumpur.


Assalamualaikum Wbt, mengikut angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, dianggarkan seramai 1500 – 2000 jumlah gelandangan yang berada di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 2016 dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat ketika negara dilanda pendemik Covid-19 sejak tahun 2020. 



Bagi menyantuni mereka yang dalam kesusahan ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) telah dan akan terus menganjurkan program Infaq Makanan iaitu program beri makan berupa nasi bungkus kepada golongan gelandangan dan mereka yang miskin di sekitar di kawasan Kuala Lumpur.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat golongan gelandangan dan orang miskin dan semoga infaq Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Hasil daripada kempen ini, seramai 400 orang penerima manfaat akan menerima makanan dan pemberian ini akan kami berikan laporan melalui kempen. 


Rasulullah SAW juga bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah).



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah: 261)


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Apr 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 14, 2022

Kempen Sumbangan Tamat