YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 06, 2022

INFAQ DAGING SEGAR DAN MAKANAN UNTUK ASNAF DAN ORANG SUSAH

RM265 / 0.03 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM850,000

15 Penyumbang

221 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program sumbangan daging segar dan makanan asas kering untuk mereka yang susah dan miskin. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Menangani isu kemiskinan di kalangan rakyat merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menanganinya sejak sekian lama lebih-lebih lagi ketika ini apabila negara berdepan dengan pelbagai cabaran khususnya ketidaktentuan ekonomi akibat daripada pendemik Covid-19 dan bencana alam. Jumlah mereka dikategorikan sebagai asnaf atau golongan B40 adalah ramai. Mereka ini berkerja tetapi hanya mendapat gaji minima yang terpaksa menanggung keluarga. Sebahagiannya ada yang tidak berkerja kerana sakit yang ditanggung dan pelbagai masalah lain. Namun, kehidupan perlu diteruskan.



Atas dasar perihatin terhadap isu harga barangan makanan yang terus meningkat terutama makanan basah seperti daging, ayam, ikan dan sebagainya, maka Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menganjurkan program pemberian daging segar percuma iaitu sebanyak 2 kilogram kepada setiap penerima dari golongan asnaf dan mereka yang susah samada di kawasan pendalaman kampung-kampung termasuk di perkampungan orang asli dan di kawasan bandar khususnya di kawasan perumahan PPR di seluruh kawasan di Selangor dan Negeri Sembilan. 



Selain dari sumbangan daging segar, pihak Yayasan juga akan menyalurkan bantuan lain berupa barangan asas makanan kering seperti beras, tepung gandum, meehon, minyak masak, makanan dalam tin dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan kepada mereka.



Marilah kita sama-sama berkongsi rezeki dari sebahagian rezeki kita untuk mereka yang sangat memerlukan. Usaha menghulurkan bantuan kepada orang lain sememangnya amat dianjurkan Islam. Hal ini sesuai dengan Islam sebagai agama yang sangat menitik beratkan soal hubungan baik sesama manusia khususnya membantu mereka yang ditimpa kesusahan.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program bantuan ini dan semoga sumbangan yang dihulur akan mengembirakan golongan yang dirai dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban belanja harian mereka. Mudah-mudahan usaha yang kita lakukan ini akan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.



Justeru itu, marilah kita hayati sabda Nabi Muhammad S.A.W sepertimana yang dijelaskan oleh Abu Hurairah RA: “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allah SWT akan melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan urusan orang yang dalam kesusahan, maka Allah Azza wa Jalla akan memudahkan baginya dari kesulitan di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah senantiasa menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya” (HR. Muslim)



Allah SWT berfirman: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya. (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ‘Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku-ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh’”. (Surah al-Munafiqun : 10)


Di atas sumbangan Tuan Puan bagi menjayakan hasrat murni ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih, mudah-mudahan Allah SWT melipat-gandakan lagi rezeki Tuan Puan serta diiringi dengan kesihatan dan kebahagian hidup yang baik. Insyaallah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 14, 2022

AZSMARTENTERPRISE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 09, 2022