YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 22, 2022

SUMBANGAN MAKANAN KEPADA ASNAF DAN YANG MEMERLUKAN

RM1,297 / 18.53 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

53 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama bersedekah makanan asas kering untuk golongan asnaf dan mereka yang memerlukan. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Dalam keadaan ekonomi yang suram ketika ini akibat pelbagai faktor, sudah tentu golongan asnaf dan miskin adalah golongan yang akan terkesan ditambah pula sekiranya mereka memiliki keluarga besar. Perkara yang paling utama ketika dalam kesusahan sudah pasti urusan makanan. Sebagai ibu bapa, sudah pasti tidak sanggup melihat anak-anak mereka menangis kelaparan.



Dengan rasa simpati terhadap golongan asnaf dan susah ini, Yayayan Amal Maaruf Malaysia melaluai kempen Infaq Jumaat untuk minggu ini akan menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk mereka. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 50 buah keluarga yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen Infaq Jumaat ini demi manfaat golongan asnaf dan mereka yang memerlukan. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abdullah bin Amr bin al-As RA berkata: "Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 28, 2022

Kempen Sumbangan Tamat