YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 07, 2021

INFAQ IKHLAS UNTUK ASNAF MUALLAF DAN ORANG MISKIN

RM1,970 / 39.40 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM5,000

92 penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsikan:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Ikhlas ini demi manfaat golongan Asnaf Muallaf dan Orang Miskin. Semoga Allah SWT membalas ganjarannya.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Ikhlas Untuk Asnaf Muallaf dan Orang Miskin

 

Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Ikhlas akan mengkhususkan pemberian bantuan makanan asas / makanan kering serta keperluan harian untuk golongan Asnaf Muallaf dan Orang Miskin di sekitar Lembah Klang dan kawasan lain yang memerlukan.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Ikhlas ini demi manfaat golongan Asnaf Muallaf dan Orang Miskin. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)

 

Rasulullah SAW juga bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah).


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2021

MOHD SHAPIAN BIN IDRIS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 11, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 11, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 10, 2021

Kempen Sumbangan Tamat