YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 15, 2021

INFAQ JUMAAT ANAK GELANDANGAN DAN WARGA ISTIMEWA OKU

RM820 / 13.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

42 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini demi manfaat Anak Gelandangan dan Warga Istimewa OKU.

Assalamualaikum W.B.T.


Infaq Jumaat untuk Anak Gelandangan dan Warga Istimewa OKU


Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat kali ini akan menyalurkan bantuan kewangan dan makanan asas / makanan kering untuk Anak Gelandangan dan Warga Istimewa OKU di sekitar Lembah Klang dan kawasan lain yang memerlukan.


Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini demi manfaat Anak Gelandangan dan Warga Istimewa OKU. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.


Nabi SAW bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat Tirmizi). 


Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Terima Kasih.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ZAHILA MOHD NOR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 17, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 17, 2021

Kempen Sumbangan Tamat