YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 02, 2022

INFAQ JUMAAT UNTUK ASNAF DAN FAKIR MISKIN

RM620 / 0.21 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

40 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf mempelawa orang ramai untuk menjayakan kempen Infaq Jumaat Beri Makanan kepada golongan asnaf dan fakir miskin pada setiap minggu bermula bulan September hingga November 2022.


Assalamualaikum W.B.T. Sejak bermulanya pandemik Covid-19, bencana alam dan juga inflasi yang melanda negara, ramai rakyat khususnya yang berada di Lembah Klang lebih-lebih lagi mereka yang miskin dan dikategorikan sebagai asnaf mengalami tekanan dari pelbagai sudut kehidupan. Kepayahan hidup mereka perlu dibantu. 



Maka dengan itu, sebagai ikhtiar untuk membantu mereka, maka penganjuran program Infaq Jumaat Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan mengkhususkan pemberian bantuan makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun, makanan dalam tin dan sebagainya serta keperluan harian lain untuk golongan asnaf dan fakir miskin yang berada di kawasan Lembah Klang termasuk kawasan Shah Alam dan Putrajaya.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama berkongsi rezeki bagi menjayakan program Infaq Jumaat ini demi manfaat golongan yang memerlukan sebagaimana seorang Sahabat yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W; “Islam manakah yang paling baik? Nabi S.A.W menjawab : “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.” (HR Bukhari & Muslim). Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. 



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 16, 2022

BERSIHKAN HATI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat