YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 25, 2021

INFAQ JUMAAT AYAM DAN DAGING SEGAR UNTUK ASNAF

RM775 / 15.50 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM5,000

38 penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsikan:

Tentang Kempen

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Jumaat Ayam dan Daging Segar Untuk Asnaf

 

Program Infaq Jumaat Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) untuk minggu ini akan mengkhususkan pemberian sumbangan makanan berbentuk Daging Ayam dan Daging Lembu segar untuk keluarga Asnaf yang berada di sekitar Lembah Klang. 

 

Suasana ekonomi yang tidak begitu baik ketika ini telah menyebabkan ramai di luar sana yang menghadapi masalah kewangan atau pendapatan. Bagi meringankan sedikit beban mereka, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, kerana pada hari itulah Adam diciptakan. Pada hari itu pula ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga ia dikeluarkan daripadanya. Dan hari kiamat tidak terjadi kecuali pada hari Jumaat." (Riwayat Muslim)

 

Nabi S.A.W. juga ada bersabda: ………."Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya". (Riwayat Ibnu Khuzaimah)

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)

 

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Kongsikan:

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 03, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 03, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 03, 2021

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 30, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 29, 2021