YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 21, 2021

INFAQ JUMAAT MAKAN TENGAH HARI UNTUK JEMAAH SOLAT JUMAAT

RM1,209 / 18.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,500

74 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sedekah makanan untuk tetamu Allah SWT yang hadir untuk Solat Jumaat di masjid-masjid.

Assalamualaikum W.B.T


Infaq Jumaat Makan Tengah Hari Untuk Jemaah Solat Jumaat


Melalui program Infaq Jumaat Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) minggu ini, sumbangan berbentuk jamuan / makan tengah berupa nasi bungkus dan buah-buahan akan dikhususkan untuk Jemaah yang hadir Solat Jumaat di beberapa buah masjid sekitar Lembah Klang khususnya di kawasan ramai penduduk yang susah atau B40.  


Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini sebagai sedekah makanan untuk tetamu Allah SWT yang hadir untuk Solat Jumaat di masjid dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.


Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani). 

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim). 


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Terima Kasih.

Wassalam.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 28, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 28, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 28, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2021

Kempen Sumbangan Tamat