YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 03, 2022

INFAQ MAKANAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM

RM1,350 / 27.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

64 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Program Infaq Makanan anjuran Yayasan Amal Maaruf Malaysia ini akan mengkhususkan pemberian bantuan makanan asas untuk Anak-Anak Yatim yang memerlukan. Jom kita berlumba melakukan kebajikan!

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Makanan Untuk Anak-Anak Yatim

 

Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).

 

Oleh itu, melalui program Infaq Makanan anjuran Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini, pemberian bantuan makanan asas akan dikhususkan untuk Anak-Anak Yatim yang memerlukan di sekitar di Lembah Klang. Bantuan juga akan disalurkan ke rumah-rumah Anak Yatim yang memerlukan bantuan.

 

Bantuan yang akan disumbangkan adalah berupa makanan asas / kering seperti beras, bihun, tepung gandum, roti, sardin, biskut, serbuk kopi dan teh, gula, minyak masak dan sebagainya.

 

Bagi menjayakan program kempen ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menyalurkan sumbangan demi manfaat Anak-Anak Yatim yang memerlukan bantuan. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Seorang laki-lai bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 10, 2022

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 10, 2022

Kempen Sumbangan Tamat