YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 24, 2021

INFAQ MAKANAN UNTUK ASNAF DAN ORANG MISKIN

RM1,615 / 32.30 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM5,000

64 penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsikan:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan iaitu golongan Asnaf dan Orang Miskin di sekitar Lembah Klang.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Makanan Untuk Asnaf Dan Orang Miskin

 

Suasana ekonomi ketika ini di samping pendemik Covid-19 yang melanda negara telah menyebabkan ramai yang terkesan khususnya dari segi kewangan atau pun pendapatan. Bagi meringankan sedikit beban mereka, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Makanan akan menyalurkan sumbangan makanan sama ada berupa nasi bungkus atau makanan asas / kering untuk golongan Asnaf dan Orang Miskin di sekitar Lembah Klang.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani).


Seorang laki-lai bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim).


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)

 

 

Terima Kasih.



Wassalam.


Mudahnya Berbuat Kebaikan. Jom Kita Kongsikan Supaya Lebih Ramai Yang Dapat Kita Bantu. Semoga Pahala Ini Terus Mengalir & Mendapat Berkat Dari Allah Swt.

Kongsikan:

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 02, 2021

WAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 02, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 29, 2021

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 29, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 28, 2021