YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Feb 03, 2022

MAKANAN INFAQ UNTUK ASNAF DAN ORANG MISKIN

RM3,455 / 57.58 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

160 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Makanan akan menyediakan jamuan makan kepada golongan Asnaf dan Orang Miskin di sekitar Lembah Klang di rumah mereka. Jom kita bantu!

Assalamualaikum wbt. Memberi makan kepada orang lain adalah amalan yang mulia dan di tuntut dalam agama lebih-lebih lagi kepada golongan yang susah dan memerlukan seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW iaitu “Seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW, ‘Perbuatan apakah yang terbaik di dalam Islam?’ Nabi SAW menjawab, ‘Kamu memberi makan kepada orang lain’.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). 


Dengan keadaan situasi ekonomi yang tidak menentu pada ketika ini, sesungguhnya ramai di luar sana yang terkesan dengan masalah kewangan dan sudah pasti perkara utama yang difikirkan oleh mereka adalah soal makan samada untuk diri sendiri mahupun keluarga dan anak-anak.



Menyedari akan masalah ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Makanan akan menyediakan jamuan makanan kepada golongan Asnaf dan Orang Miskin / susah di sekitar Lembah Klang di rumah mereka atau di tempat yang sesuai.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Makanan ini demi manfaat golongan Asnaf dan Orang Miskin. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (Riwayat Ibn Majah)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Terima kasih. Wassalam.




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Feb 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 11, 2022

Kempen Sumbangan Tamat