YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 28, 2021

INFAQ RUMAH TAHFIZ ANAK YATIM

RM6,025 / 100.42 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM6,000

247 penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsikan:

Tentang Kempen

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Rumah Tahfiz

 

Program Infaq anjuran Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini mengkhususkan pemberian bantuan makanan & minuman serta keperluan asas harian di Rumah Tahfiz, No. 29, Jalan Gunung Tahan, U11/1D, Bukit Bandaraya Shah Alam, Selangor. Seramai 30 orang pelajar dan sebahagiannya adalah anak yatim yang sedang mengikuti kelas hafazan sepenuh masa di Rumah tahfiz ini. Namun, bantuan juga akan disalurkan kepada rumah / maahad tahfiz lain yang memerlukan bantuan di sekitar Lembah Klang.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program infaq ini demi manfaat pelajar-pelajar tahfiz dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

 

Terima Kasih.

Wassalam.

 



 

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Kongsikan:

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM250.00

Oct 08, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 08, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 08, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 08, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 08, 2021