YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 12, 2021

INFAQ SEDEKAH UNTUK ANAK-ANAK ASNAF YANG KEHILANGAN IBUBAPA ATAU PENJAGA AKIBAT COVID-19

RM1,470 / 29.40 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM5,000

84 penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsikan:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program Infaq Sedekah ini untuk Anak-Anak Asnaf yang kehilangan Ibubapa atau penjaga akibat Covid-19.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Sedekah Untuk Anak-Anak Asnaf Yang Kehilangan Ibubapa atau Penjaga Akibat Covid-19

 

Ketika ini, ramai di luar sana yang terkesan dengan ujian pandemik Covid-19 samada kehilangan sumber pendapatan diri, sakit mahupun kehilangan orang tersayang yang selama ini menanggung urusan nafkah / kehidupan keluarga. Anak-anak yang kehilangan orang tersayang khususnya Ibu / bapa / penjaga akibat Covid-19 sudah pasti memberi kesan terhadap kehidupan mereka. Sesungguhnya pandemik ini telah menyebabkan bilangan Asnaf terus bertambah.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Sedekah ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan khususnya dari kalangan Anak-Anak Asnaf yang kehilangan Ibubapa atau penjaga akibat Covid-19 dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Nabi Muhammad S.A.W. yang maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim).

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 21, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 21, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 21, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 20, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 20, 2021

Kempen Sumbangan Tamat