YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Feb 15, 2022

INFAQ SUMBANGAN UNTUK FAKIR MISKIN BANDAR

RM480 / 8.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

32 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan kepada golongan Fakir Miskin Bandar yang berada di sekitar Lembah Klang. Jom kita bantu! Mudah-mudahan Allah SWT menerima amal kabajikan kita.

Assalamualaikum W.B.T


Isu miskin bandar merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menanganinya sejak sekian lama lebih-lebih lagi ketika ini apabila negara berdepan dengan pelbagai cabaran samada ketidaktentuan ekonomi mahupun pendemik Covid-19.


Didapati bahawa saban hari jumlah penduduk miskin bandar semakin meningkat, malah menurut satu kajian baru-baru ini, peratus penduduk miskin bandar adalah melebihi penduduk miskin di luar bandar. Tidak semua yang berhijrah dan tinggal di bandar dapat mengecapi apa yang diidamkan malah kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah kewangan serta dihimpit dengan kos sara hidup yang lebih tinggi.



Menyedari akan kesusahan golongan miskin bandar ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Sumbangan akan menyalurkan bantuan makanan asas seperti beras, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta keperluan harian lain untuk golongan Fakir Miskin yang berada di sekitar Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Sumbangan ini demi manfaat golongan Fakir Miskin Bandar. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)



Nabi SAW juga bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat Tirmizi)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 17, 2022

Kempen Sumbangan Tamat