YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 29, 2021

INFAQ SUMBANGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK ASNAF

RM980 / 16.33 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM6,000

27 penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsikan:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program Infaq Sumbangan Bantuan Kembali Ke Sekolah ini demi manfaat anak-anak asnaf. Semoga Allah SWT membalas ganjarannya.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Sumbangan Bantuan Kembali Ke Sekolah Untuk Anak-Anak Asnaf

 

Musim anak-anak kembali ke sekolah akan tiba tidak lama lagi. Ketika ini ramai ibubapa yang sedang sibuk untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka. Namun, bagi anak-anak asnaf yang ibubapa atau penjaga mereka yang susah dan miskin, menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak-anak mereka akan menjadi perkara yang sangat membebankan.

 

Bagi menyantuni anak-anak asnaf ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Sumbangan Bantuan Kembali Ke Sekolah akan menyalurkan bantuan kepada mereka (anak-anak asnaf ini) yang berada di kawasan Lembah Klang berupa kelengkapan asas untuk ke sekolah berupa pakaian termasuk kasut dan stokin, beg, peralatan menulis, bekas makanan dan botol air.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Sumbangan Bantuan Kembali Ke Sekolah ini demi manfaat anak-anak asnaf. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)

 

Rasulullah SAW juga bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah).

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)

 

Terima Kasih.

Wassalam.



 

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2022

BASIRON NAZRI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 05, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 05, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 04, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat