YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 25, 2022

INFAQ SUMBANGAN UNTUK MURID MISKIN

RM1,435 / 28.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

58 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Sumbangan akan menyalurkan pemberian bantuan kewangan & keperluan persekolahan termasuk pakaian dan buku untuk murid-murid miskin. Jom Bantu Mereka!

Anak-anak adalah penyambung warisan negara. Sekolah adalah merupakan tempat utama mereka untuk menuntut ilmu bagi menjadi manusia berguna di masa akan datang. Kita sebagai anggota masyarakat perlu bersama pihak sekolah untuk memastikan anak-anak dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna tanpa ada sebarang halangan atau gangguan khususnya akibat dari belenggu kemiskinan.



Mengikut maklumat yang diterima dari beberapa buah sekolah di Lembah Klang, akibat dari kemiskinan yang dihadapi oleh murid, ramai di antara mereka yang tidak dapat meneruskan persekolahan dan terpaksa untuk berkerja bagi membantu keluarga yang susah akibat pelbagai faktor seperti ibu atau bapa kehilangan kerja, kematian, faktor kesihatan, kes penceraian dan sebagainya.


Menyedari akan perkara ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Sumbangan akan mengkhususkan pemberian bantuan kewangan & keperluan persekolahan termasuk pakaian dan buku untuk murid-murid miskin di sekolah-sekolah terpilih di kawasan Lembah Klang. Semoga dengan sedikit bantuan yang disalurkan ini, murid-murid miskin ini dapat meneruskan pembelajaran dengan sempurna.




Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat murid-murid miskin yang memerlukan bantuan dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.


Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)



Nabi SAW juga bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat Tirmizi)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (al-Baqarah: 261)


Terima Kasih. Wassalam.



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM300.00

Feb 02, 2022

Kempen Sumbangan Tamat