YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada May 03, 2023

BANTUAN SYAWAL UNTUK PESAKIT ASNAF

RM245 / 3.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersempena dengan kehadiran Syawal ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama membantu golongan asnaf yang sedang sakit. Jom kita bantu mereka!


Sesungguhnya hakikat sakit tidak mengenal erti umur dan kedudukan kewangan. Apabila sakit, penderitaan terpaksalah ditanggung oleh pesakit sama ada yang berada di hospital atau di rumah. Namun, bagi golongan asnaf mereka akan menjadi lebih susah akibat tiadanya sumber pendapatan untuk menanggung keperluan diri mahupun ahli keluarga. Dalam situasi sedemikian, sudah tentulah mereka amat memerlukan pertolongan orang lain untuk meneruskan kehidupan.



Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas pesakit seperti lampin pakai buang, tuala kering dan basah, ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan. Di samping itu, pihak kami juga akan menyalurkan bantuan makanan asas harian seperti beras, tepung gandum, minyak masak, telur, makanan dalam tin dan sebagainya untuk ahli keluarga mereka di rumah. Sasaran bantuan ini akan diberikan kepada 50 orang pesakit asnaf yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan usaha murni ini khususnya di bulan Syawal bagi membantu golongan asnaf yang sedang terlantar sakit. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh pesakit dan ahli keluarga mereka. Semoga Allah SWT membalas pemberian tuan puan dengan keampunan dan ganjaran yang besar.



Dari Sayyidina Abu Darda', iaitu 'Uwaimir RA berkata: "Saya mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR. Abu Daud)



Rasulullah SAW juga ada bersabda: “Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2023

MOHD FERDAUS BIN YAHYA

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat