YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 22, 2021

INFAQ TANAH WAKAF PUSAT PENDIDIKAN ISLAM DEWASA

RM1,815 / 2.36 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM77,000

87 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

YAMM ingin membuka peluang kepada orang ramai untuk berinfaq dan berwakaf bagi menjayakan projek pembangunan FASA PERTAMA iaitu pembinaan Rumah / Bilik contoh untuk pelajar dewasa & Pejabat Operasi.

Assalamulaikum W.B.T.

 

Infaq Untuk Pembinaan Rumah / Bilik contoh & Pejabat Operasi Pusat Pendidikan Islam Dewasa

 

Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) telah menerima sebidang tanah seluas 2.5 ekar di Kg. Hj. Salam, Mukim Ulu Benut, Simpang Renggam, Johor untuk diwakafkan. Pihak YAMM bercadang untuk membangunkan tanah wakaf tersebut bagi tujuan pendidikan Islam khusus untuk golongan dewasa.

 

Sebagai permulaan, pihak YAMM ingin membuka peluang kepada orang ramai untuk berinfaq dan berwakaf bagi menjayakan projek pembangunan FASA PERTAMA iaitu pembinaan Rumah / Bilik contoh untuk pelajar dewasa & Pejabat Operasi.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) berbesar hati untuk mempelawa orang ramai bagi menjayakan projek ini demi manfaat khususnya para penuntut ilmu agama golongan dewasa dan usaha dakwah amnya. Semoga infaq Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Daripada Ibnu Umar r.a  katanya: “Umar  telah mendapat sebidang tanah di Khaibar  kemudian dia datang menghadap Nabi S.A.W untuk meminta pendapat berkenaan cara menguruskannya, katanya: Wahai Rasulullah! Saya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar.  Saya belum pernah memperolehi harta yang lebih baik daripada ini. Baginda bersabda: Jika kamu suka, tahanlah tanah itu (wakafkanlah tanah itu ) dan kamu sedekahkan manfaatnya”. (Muttafaq a’laih / HR Muslim)

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya”. (Surah al-Baqarah: ayat 261)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 15, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 08, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 01, 2021

IDRIS MEOR ROSAZMAN BIN MD

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 31, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2021

Kempen Sumbangan Tamat