YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 29, 2023

BERKONGSI REZEKI BERSAMA ANAK-ANAK YATIM MISKIN

RM1,002 / 33.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

46 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program menjamu makan anak-anak yatim miskin. Jom kita jamu mereka!


Assalamualaikum wbt. Dalam meniti kehidupan seharian, betapa indahnya kita yang masih memiliki ibu bapa sebagai tempat untuk menumpang kasih. Majoriti kita sudah pasti tidak pernah merasai betapa sedihnya menjadi anak yatim iaitu kehidupan tanpa belaian kasih sayang dari ibu atau bapa. Tatkala orang lain menikmati belaian kasih sayang dari insan yang bergelar ibu atau bapa, anak-anak yatim tidak memperoleh itu semua bahkan ramai di antara mereka yang terpaksa hidup dan membesar bersama rakan-rakan di pusat-pusat jagaan akibat kemiskinan.



Ziarah kami ke sebuah rumah jagaan anak yatim persendirian di negeri Selangor baru-baru ini telah menemui anak-anak yatim yang terdiri dari golongan miskin. Mereka tinggal bersama rakan-rakan dengan dijaga dan dibimbing oleh ibu angkat mereka yang dipanggil Ummi. Rumah jagaan ini dibiayai sepenuhnya dari hasil sumbangan orang ramai. Sesungguhnya mereka amat memerlukan bantuan dari kita demi meneruskan kehidupan.



Sebagai usaha untuk menyantuni mereka, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menganjurkan program beri makan anak-anak yatim ini. Program jamu makan ini merupakan program rutin pihak kami iaitu dengan menyediakan makanan berupa nasi berlauk, air minuman, kiuh-muih dan buah-buahan berserta sedikit pemberian duit poket. Program ini akan dikhususkan untuk anak-anak yatim yang berada di beberapa pusat atau rumah jagaan persendirian yang berada di Negeri Selangor melibatkan sekitar 150 orang pelajar.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program beri makan anak-anak yatim ini sebagai usaha kita untuk mengembirakan mereka. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:


“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat Muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni."

(HR. Al-Tirmidzi dari Ibnu Abbas)



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Al-Baqarah : 220)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 09, 2024

AMALINA ASYIKIN BT ABD KARIM

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 05, 2024

AINI ANUAR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat