YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 21, 2022

INFAQ BERI MAKAN KEPADA ANAK-ANAK ASNAF

RM2,801 / 56.02 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

166 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program menjamu makan kepada anak-anak asnaf. Jom kita jamu mereka!


Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya memberi makan kepada orang lain adalah amalan terbaik dan terpuji sepertimana kisah seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apakah yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.”

(HR. Bukhari dan Muslim). 



Oleh itu, sebagai menyahut seruan Nabi SAW bahawa memberi makan adalah amalan terbaik. Maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk melaksanakan program beri makan khusus untuk anak-anak asnaf yang masih bersekolah agar mereka berasa gembira dan seronok bahawa mereka diraikan oleh masyarakat. Pihak kami akan menjamu makan berupa nasi bungkus atau nasi berlauk untuk mereka serta sedikit sumbangan duit poket. Sasaran program ini akan melibatkan 100 anak-anak asnaf yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.




Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program infaq ini demi manfaat golongan anak-anak asnaf. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang Mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya atau engkau membayarkan hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR. At-Tabrani)



Nabi SAW juga ada bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya di syurga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari bagian luarnya.” Lantas seorang arab badwi berdiri sambil berkata, “Bagi siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasululullah?” Nabi menjawab, “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan dan yang sentiasa berpuasa dan shalat pada malam hari di waktu manusia sedang tidur.”

(HR. Tirmidzi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 25, 2022

PUZAINI BINTI MOHD YUNUS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat