Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM9,122 / 18.24 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
494 Penyumbang
344 Baki Hari
Isu kesulitan menguruskan jenazah biasanya banyak berlaku di kawasan pedalaman terpencil, begitu juga untuk mereka yang tinggal di kawasan perbandaran seperti rumah-rumah pangsa.
Di kawasan-kawasan perumahan seperti ini sering kali muncul permasalahan oleh sebab ketiadaan tempat yang sesuai atau boleh jadi peralatan yang tersedia tidak mencukupi. Justeru, golongan yang tinggal di kawasan ini terpaksa menghubungi pasukan atau ejen-ejen luar yang menyediakan khidmat pengurusan jenazah supaya proses pengebumian jenazah dapat berjalan lancar.
YAMM sendiri sentiasa menerima panggilan lebih kurang 4 jenazah sebulan dan terkadang perlu menolak, lebih-lebih lagi untuk permintaan di kawasan yang agak jauh.
Pihak kami bercadang untuk menyediakan lori 3 tan yang panjangnya berukuran 19 kaki dengan kelebaran 10 kaki dan tinggi 9 kaki sebagai kabin yang akan disertakan kemudahan-kemudahan seperti berikut:
1. Tangki air bersih
2. Pam air
3. Tangki septik simpanan air terpakai
4. Sistem elektrik
5. Penghawa dingin
6. Meja kafan
Bukan itu sahaja, dengan anggaran yang boleh memuatkan dalam 10 hingga 12 orang dalam satu masa, kabin ini turut dapat dijadikan tempat untuk solat jenazah dengan jemaah yang kecil setelah semua proses pengurusan jenazah selesai.
Insya-Allah dengan kemudahan-kemudahan ini, pihak kami dapat sasarkan kepada golongan yang terabai juga kerana pengurusan jenazah dengan kabin bergerak ini diberikan secara percuma. Fi sabilillah. Semoga usaha yang kita lakukan ini diredhai Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jul 13, 2025
SHAHDAN BIN HUSIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 13, 2025
MUHAMMAD TAUFIQ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2025