YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 01, 2022

BANTUAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM ASNAF

RM2,090 / 29.86 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

113 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program Infaq Jumaat untuk anak-anak yatim asnaf dengan pemberian makanan asas. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Kehidupan sebagai seorang anak kecil di dunia tanpa ibu atau bapa amat menyedihkan. Tatkala orang lain menikmati belaian kasih sayang dari insan yang bergelar ibu atau bapa, anak-anak yatim tidak memperoleh itu semua bahkan ramai anak-anak yatim yang terpaksa hidup dan membesar bersama rakan-rakan di pusat-pusat jagaan akibat kemiskinan. 



Lawatan skuad kami ke beberapa lokasi di Selangor menemui anak-anak yatim asnaf yang memerlukan bantuan. Ada di antara mereka yang tinggal bersama nenek dan keluarga angkat selepas kematian ibu bapa mereka dan ada yang tinggal di pusat jagaan persendirian. Anak-anak yatim ini adalah anak yatim miskin yang memerlukan bantuan pihak luar untuk meneruskan kehidupan.



Atas rasa simpati dan peri pentingnya membantu anak-anak yatim ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menyalurkan bantuan berupa barangan makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung, gula, bihun, biskut dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan khusus untuk anak-anak yatim miskin yang berada di beberapa pusat jagaan persendirian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Sumbangan ini juga akan diberikan kepada anak-anak yatim yang tinggal atau dijaga oleh keluarga angkat atau ahli keluarga terdekat. Jumlah mereka yang akan dibantu adalah sekitar 150 orang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini sebagai usaha kita untuk membantu anak-anak yatim agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna. Semoga sumbangan Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:


“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat Muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (HR al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas)



Rasulullah SAW juga ada bersabda yang maksudnya: “Aku dan orang-orang yang memelihara anak yatim di syurga seperti ini. Beliau menunjukkan telunjuk jari tengah serta beliau merenggangkan antara keduanya”. (HR. Muslim)



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah ayat 220)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2022

MOHD ARIF BIN GHAZALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat