YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 10, 2022

BANTUAN MAKANAN ASAS KASIH KEPADA ANAK YATIM

RM5,525 / 92.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

288 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan untuk anak-anak yatim sebagai tanda ingatan bahawa mereka disayangi oleh kita semua. Jom kita rebut pahala dengan membantu mereka!


Assalamualaikum W.B.T. Sesungguhnya anak yatim perlu di kasihi dan diberi layanan istimewa kerana Rasulullah SAW ada bersabda bahawa “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).


Kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka bukan diminta namun mereka perlu terus mengharungi kehidupan seperti anak-anak lain yang mempunyai ibu dan ayah. Mereka memerlukan makan minum, pakaian dan duit belanja untuk kehidupan seharian mereka. Namun, situasi semasa ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu telah menyebabkan pusat-pusat jagaan anak-anak yatim persendirian tertekan untuk terus beroperasi apabila harga barangan asas makanan melambung tinggi. Akhirnya yang terkesan adalah anak-anak yatim jagaan mereka.



Dengan rasa simpati dan ihsan terhadap anak-anak yatim ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk menyalurkan bantuan kepada mereka khususnya untuk pusat-pusat jagaan persendirian anak yatim berupa barangan makanan asas kering seperti beras, telur, makanan dalam tin, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan sebagai usaha untuk meringakan beban yang sedang mereka tanggung. Usaha ini juga sebagai ikhtiar kita untuk menunjukkan bahawa mereka disayangi dan diingati oleh masyarakat. Sasaran bantuan adalah untuk lima buah pusat jagaan anak yatim persendirian di sekitar Lembah Klang, Johor dan Sabah. Jumlah anak yatim yang terlibat adalah seramai 150 orang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program bantuan ini semoga anak-anak yatim yang dibantu dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar serta keampunan oleh Allah SWT.



Rasulullah S.A.W bersabda: “Demi Allah yang mengutus aku dengan kebenaran di hari kiamat Allah S.W.T tidak akan mengazab orang yang mengasihi anak yatim dan berlaku ramah padanya serta manis tutur katanya. Dia benar-benar menyayangi anak yatim dan mengerti kekurangannya, dan tidak menyombongkan diri pada tetangganya atas kekayaan yang di peroleh Allah kepadanya.” (HR Thabrani)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHD YUSOFF BIN YAHAYA

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 16, 2022

Kempen Sumbangan Tamat