YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada May 24, 2022

KASIHANILAH MEREKA YANG SUSAH

RM1,185 / 19.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

73 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan untuk ibu-ibu tunggal asnaf yang menjaga anak-anak mereka yang berstatus anak yatim. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum W.B.T. Kebiasaannya kita akan menyantuni anak-anak yatim yang berada di rumah-rumah kebajikan atau pusat jagaan kerana anak-anak yatim tersebut tidak mampu ditanggung oleh ibu atau bapa mereka. Namun, mungkin kita terlepas pandang anak-anak yatim yang dipelihara oleh ibu-ibu yang berstatus ibu tunggal.


Jumlah mereka sangatlah ramai. Ibu-ibu tunggal ini bukanlah orang yang senang dan berduit tetapi kebanyakkannya berstatus asnaf di mana sebahagiannya bekerja dengan mendapat gaji minima dan sebahagian lagi adalah penerima zakat. Namun, mereka tidak sanggup melepaskan anak-anak mereka ke rumah-rumah anak yatim untuk dijaga oleh orang lain.



Atas rasa simpati terhadap nasib golongan ibu-ibu tunggal asnaf yang menjaga anak-anak mereka yang berstatus anak yatim, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu meringankan beban kehidupan yang dihadapi mereka khususnya ketika harga barangan keperluan dapur yang semakin meningkat tinggi.



Justeru itu, marilah kita hayati sabda Nabi Muhammad S.A.W seperti mana yang dijelaskan oleh Abu Hurairah RA: “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allah SWT akan melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan urusan orang yang dalam kesusahan, maka Allah Azza wa Jalla akan memudahkan baginya dari kesulitan di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah senantiasa menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya” (HR. Muslim)



Pihak yayasan melalui kempen ini bercadang untuk menyalurkan bantuan berupa barangan asas makanan seperti beras, tepung gandum, bihun, bawang, makanan dalam tin dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan. Jumlah sasaran penerima sumbangan ini adalah sekitar 50–60 orang ibu tunggal dan anak yatim yang berada di sekitar Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program bantuan ini dan semoga setiap sumbangan yang dihulur akan mengembirakan golongan yang dirai dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan harian mereka. Mudah-mudahan usaha yang kita lakukan ini akan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.


Allah S.W.T. berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18).


Terima Kasih. Wassalam.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 05, 2022

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 05, 2022

Kempen Sumbangan Tamat