YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 24, 2022

BANTUAN KASIH UNTUK WARGA EMAS ASNAF UZUR

RM1,756 / 25.09 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

94 Penyumbang

10 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama membantu meringankan beban hidup warga emas asnaf. Mereka sangat memerlukan kita, Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Kesusahan dan kemiskinan amat memeritkan tambahan pula ketika itu umur telah menginjak usia senja dan uzur. Tidak banyak yang boleh dilakukan ketika umur itu untuk menggagahkan diri mencari rezeki. Dalam keadaan uzur, hanya pertolongan anak-anak atau keluarga terdekat yang diperlukan untuk membantu. Namun, seuzur manapun seseorang itu, kehidupan perlu diteruskan.



Lawatan skuad kami di beberapa kawasan di Selangor telah menemui beberapa orang warga emas yang hidup susah serta hidup dalam serba kedaifan. Mereka ini uzur disebabkan tua. Mereka hanya mengharapkan bantuan dan ihsan anak-anak dan keluarga terdekat untuk meneruskan kehidupan. Namun, yang menyedihkan apabila anak-anak mahupun keluarga yang membantu adalah golongan asnaf yang juga memerlukan bantuan. Sebahagian mereka ada manerima bantuan dari pihak berwajib namun jumlahnya adalah terlalu minima. 



Atas rasa simpati terhadap golongan warga emas asnaf ini, Yayayan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas harian berupa pampers, sabun mandi, syampu, ubat gigi dan sebagainya serta sedikit bantuan makanan kering dan bantuan kewangan sebagai usaha untuk meringankan beban yag sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 hingga 40 orang warga emas yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang. 



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan warga emas asnaf ini untuk meneruskan kehidupan pada masa yang sama meringankan beban ahli keluarga yang menjaga mereka. Mudah-mudahan, usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT sepertimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)



Dari Sayyidina Abu Darda', yaitu 'Uwaimir radhiyallahu 'anhu berkata: "Saya mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR Abu Daud)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2022