YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 06, 2022

SUMBANGAN DANA DIPERLUKAN BAGI MEMBINA SEMULA MAAHAD TAHFIZ BAYU SYAHADAH

RM3,050 / 1.02 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

104 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk berinfaq bagi membina semula bangunan Maahad Tahfiz Bayu Syahadah yang telah rosak. Jom kita bantu agar kalam Allah terus subur!


Assalamualaikum wbt. Kehadiran skuad kami ke Maahad Tahfiz Bayu Syahadah yang terletak di Ranau, Sabah baru-baru ini amat mengejutkan apabila hampir keseluruhan bangunan sekolah tahfiz ini rosak akibat kejadian gempa.


Menurut pemilik maahad ini, Ustaz Nazrey Johani yang merupakan bekas vokalis kumpulan Raihan memberitahu sekolah tahfiz yang dikenali Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Batu 2 Jalan Lombong Tembaga Mamut, Ranau ini dibina pada 2016, namun sejak Oktober tahun lalu dihentikan operasi akibat kerosakan dan keruntuhan bangunan kerana musibah berkenaan”. Beliau juga ada memaklumkan bahawa ketika kejadian gempa bumi berlaku, mujur pelajar-pelajar sedang bercuti dan hanya struktur bangunan sahaja yang rosak.



Atas dasar rasa simpati terhadap kejadian yang berlaku terhadap kerosakan yang teruk pada bangunan Maahad Tahfiz Bayu Syahadah, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk kita bersama membantu pihak pengurusan maahad ini mengumpul dana bagi membina semula sekolah tahfiz sebagai usaha kita memelihara golongan anak-anak yang menghafaz Al-Quran. Pihak yayasan melalui kempen ini akan mengumpulkan dana sebanyak RM300,000 bagi membantu sebahagian peruntukan yang diperlukan bagi membina atau membaikpulih bangunan maahad.



Oleh itu, besar harapan kami sekiranya Tuan/Puan dapat bersama-sama menjayakan program sumbangan ini demi melihat anak-anak tahfiz yang dijangka akan memulakan sesi pembelajaran pada Disember tahun ini. Semoga usaha kecil kita ini merupakan asbab untuk Allah SWT meredhoi dan mengampuni kita semua. Amin.



Rasulullah ﷺ yang maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. (HR. al-Bukhari)



Firman Allah SWT: Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”

(Fathir:29)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 30, 2022

ZULKIFLI BIN SAAD

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

ZULKIFLI BIN SAAD

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Dec 21, 2022

Kempen Sumbangan Tamat