YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 29, 2022

BANTUAN KEPERLUAN ASAS HARIAN UNTUK ANAK YATIM

RM920 / 13.14 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

59 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program bantuan keperluan asas harian untuk anak-anak yatim yang memerlukan bantuan. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Kesedihan yang ditanggung oleh anak-anak yatim setelah kehilangan panjaga mereka amat memilukan apatah lagi sekiranya mereka adalah dari golongan miskin dan susah. Mungkin ada di kalangan mereka yang dahulunya hidup senang bersama ibu dan bapa, namun apabila orang tua mereka telah tiada, takdir telah menentukan untuk mereka hidup dalam kepayahan. Oleh sebab itulah, kedudukan anak yatim dalam agama amatlah istimewa sepertimana sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:


"Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (Riwayat Ahmad)



Atas dasar menginsafi istimewanya anak-anak yatim ini maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Jumaat untuk minggu ini terpanggil untuk kita bersama membantu anak-anak yatim yang memerlukan bantuan ini agar keperluan hidup mereka sentiasa mencukupi bagi mengharung kehidupan seharian.



Oleh itu, pihak yayasan akan menyalurkan bantuan keperluan berbentuk makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, meehon, minyak masak dan sebagainya termasuk bantuan kewangan untuk mereka. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada anak-anak yatim yang berada di rumah-rumah jagaan anak yatim milik persendirian mahupun yang tinggal bersama keluarga/saudara-mara di Selangor dan Lembah Klang termasuk di kawasan-kawasan lain sekiranya perlu.



Oleh itu, pihak kami berharap agar tuan puan dapat bersama-sama menjayakan program bantuan ini demi melihat anak-anak yatim dapat terus dibantu bagi menjalani kehidupan seharian mereka dengan sempurna. Semoga sumbangan yang dihulur akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



“Demi Allah yang telah mengutusku dengan haq. Allah tidak akan mengazab pada hari kiamat orang yang mengasihi anak yatim dan lemah lembut pada anak yatim dalam bicaranya dan mengasihi orang itu pada kemalangan dan kesusahan yatim itu dan ia tidak sombong terhadap jirannya karena sebab kelebihan yang diberikan Allah padanya."

(HR. Thabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 19, 2022

Kempen Sumbangan Tamat