YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Apr 26, 2022

MAKANAN DAN DUIT RAYA UNTUK GELANDANGAN

RM2,335 / 29.19 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

112 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program makanan dan duit raya untuk gelandangan. Jom rebut perluang ini!


Assalamualaikum W.B.T. Gelandangan adalah golongan yang boleh dikategorikan sebagai fakir miskin di dalam negara kita. Mereka tiada tempat tinggal yang tetap. Mereka mengharapkan badan amal untuk memberi mereka makan kerana mereka tidak mempunyai dapur atau bahan untuk memasak.



Bagi gelandangan ini, menerima sebungkus nasi sudah cukup menjadi nikmat buat mereka. Mereka ini diibaratkan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.



Atas rasa simpati dan kasihan belas terhadap golongan gelandangan ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita membantu mereka ini. Selain itu, sumbangan duit raya juga akan diberikan kepada mereka memandangkan Aidilfitri tinggal beberapa hari sahaja akan menjelma.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sumbangan ini untuk menyatuni gelandangan dengan menyediakan pek makanan iaitu nasi bungkus berlauk dan kuih muih  serta sedikit bantuan duit raya untuk mereka. Sasaran golongan gelandangan yang akan menerima sumbangan ini ialah 80 – 100 orang yang berada di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.



Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah).


Rasulullah SAW juga ada bersabda: 'Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun dua malaikat, lalu salah satunya berkata, 'Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya', sedangkan yang satunya lagi berkata, 'Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya (bakhil).'" (HR. Al-Bukhari dan Muslim).


Terima Kasih. Wassalam.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 26, 2022

Kempen Sumbangan Tamat