YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 25, 2023

SUMBANGAN DANA DAN INFAQ BAGI PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN

RM950 / 0.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menyalurkan sumbangan bagi pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi’Uni (MATAF) fasa 2. Jom kita hulurkan sumbangan!


Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera. Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi’Uni (MATAF) merupakan sebuah pusat pengajian tahfiz persendirian yang telah beroperasi sejak tahun 2021. Pembangunan fasa 1 maahad ini telah berjaya disempurnakan pada tahun 2021. Ia terletak di tanah seluas satu ekar di Kg. Sri Desa, Rancangan Batu 56/57, Jalan Johor, Mukim Kluang Johor. Alhamdulillah, setakat ini Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi’Uni ini telah mempunyai 25 orang pelajar lelaki.



Melihat kepada permintaan masyarakat terhadap pengajian tahfiz untuk pelajar perempuan dan warga emas, maka pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi’Uni telah diberi amanah untuk membangunkan sebuah Maahad Tahfiz khusus untuk pelajar perempuan (Lil Banat) dan pusat pengajian warga emas di atas sebuah tapak seluas dua ekar di Ayer Hitam, Johor. Bagi projek fasa 2 ini, kerja-kerja meratakan tanah telah pun selesai dilaksanakan.



Pembinaan baru bagi bangunan Maahad Tahfiz ini merangkumi bangunan Banat (pelajar perempuan) yang terdiri dari bangunan asrama, bangunan kelas belajar, kantin, bilik dobi, surau, quarters ustazah (2-unit rumah), bilik IT dan infrastruktur yang berkaitan. Selain itu, bangunan Pusat Pengajian Warga Emas yang terdiri dari 10 rumah beserta sebuah bilik, bilik air, ruang rehat dan dapur dan dewan terbuka serbaguna termasuk pentas, gelanggang badminton serta futsal. Akhir sekali, pusat rekreasi untuk aktiviti berenang , memanah dan berkuda.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini bagi menjayakan pembangunan Pusat Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi’Uni (MATAF) yang akan melahirkan para huffaz perempuan dan golongan warga emas yang celik ilmu Al-Quran. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Allah SWT berfirman: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AZHAR HASIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

NORANI SAEDIN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat