YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 01, 2022

SUMBANGAN DANA UNTUK PEMBERSIHAN DAN PEMBINAAN TAPAK KOTA ILMU

RM730 / 3.65 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

36 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia memerlukan bantuan dana tambahan untuk kerja-kerja pembersihan bagi keseluruhan tanah wakaf seluas 2.5 ekar. Semoga Infaq Tuan Puan beri ganjaran besar oleh Allah SWT.

Assalamulaikum wbt, Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) telah menerima sebidang tanah seluas 2.5 ekar yang diwakafkan oleh Hamba Allah di Kg. Hj. Salam, Mukim Ulu Benut, Simpang Renggam, Johor. Pihak Yayasan akan membangunkan tanah wakaf ini bagi tujuan pendidikan Islam khusus untuk golongan warga emas dan dewasa menggunakan kaedah sistem pendidikan Pondok.



Melalui sumbangan orang ramai dari pelbagai sumber yang telah diterima setakat ini, sejumlah RM12,000 telah dibelanjakan bagi membersihkan kawasan, membina jalan masuk dan membuat parit saliran namun jumlah tersebut hanya untuk kerja-kerja asas sahaja dan tidak melibatkan keseluruhan tanah. Oleh yang demikian, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia memerlukan bantuan dana tambahan untuk kerja-kerja pembersihan bagi keseluruhan tanah wakaf ini. 



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) berbesar hati sekiranya Tuan Puan dapat menyumbang bagi menjayakan projek ini dan semoga Infaq Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2022

ILA MN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2022

MEOR ROSAZMAN BIN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 02, 2022

Kempen Sumbangan Tamat