YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 07, 2022

SUMBANGAN PESAKIT DIALISIS ASNAF

RM1,780 / 29.67 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM6,000

93 penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsikan:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh pesakit-pesakit dialisis dari golongan asnaf. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum WBT. Kos rawatan dialisis adalah besar. Walaupun golongan asnaf boleh menerima bantuan dari pihak berwajib seperti pusat zakat ataupun Perkeso untuk kos rawatan di pusat dialis, namun kos-kos lain seperti kos pengangkutan dari rumah ke pusat dialisis, ubat-ubatan dan vitamin serta lain-lain kos sampingan perlu menggunakan wang saku sendiri. Kos-kos sampingan ini sangat membebankan asnaf terutama apabila rawatan dialisis akan dijalankan sebanyak 3 kali seminggu. 



Menyedari akan keperluan mereka ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk membantu pesakit-pesakit dialisis dari golongan asnaf bagi menyalurkan bantuan dari segi bantuan kos pengangkutan ke pusat dialisis tiga kali seminggu, bantuan untuk pembelian ubat-ubatan tambahan dan vitamin yang diperlukan serta bantuan makanan asas. Sasaran yang akan menerima bantuan ini adalah seramai 25 orang pesakit dialisis asnaf yang berada di sekitar Batu Pahat, Johor.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama membantu meringankan beban mereka ini yang sangat-sangat memerlukan bantuan dari kita semua. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan menjadi asbab Allah SWT akan merahmati dan mengampuni kita semua.



Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat” (Hadis Riwayat Muslim).



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)


Jom #BuatBaik!


Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 20, 2022

ROBYAH TYA YUSOFF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 20, 2022

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 20, 2022

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 19, 2022

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 18, 2022

Kempen Sumbangan Tamat