YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Apr 21, 2022

PRIHATIN TERHADAP ASNAF DI PENGHUJUNG RAMADHAN

RM3,695 / 61.58 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

198 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Di separuh akhir Ramadhan ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai bersama menjayakan program beri daging segar percuma untuk untuk golongan asnaf. Jom tambah pahala Ramadhan!


Assalamualaikum W.B.T. Sesungguhnya Ramadhan hanya tinggal berbaki kurang dari dua belas hari lagi. Mungkin bagi sebahagian kita yang berkemampuan tidak menghadapi masalah untuk menyediakan persiapan hari raya khususnya berkaitan dengan hidangan jamuan di pagi raya. Namun bagi golongan fakir miskin, keperluan untuk makanan seharian adalah lebih penting dari persiapan hari raya.


Tinjauan kami ke kawasan penempatan penduduk asnaf di sekitar Lembah Klang (PPR di Kota Damansara, Kampung Nelayan di Klang dan Rawang) mendapati mereka yang miskin ini sangat mengharapkan adanya bantuan barangan basah untuk dijamu di pagi raya. Melihat kepada permintann mereka ini, pihak kami menyedari bahawa harga barangan basah khususnya daging dan ayam amat membebankan untuk dibeli oleh golongan asnaf.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk menyalurkan sumbangan daging mentah khusus untuk golongan asnaf fakir miskin di kawasan Lembah Klang yang telah kami lawati dengan harapan agar mereka dapat bersama merasai nikmat jamuan pagi raya seperti orang lain khususnya dengan adanya menu rendang daging. Sasaran pemberian adalah 80 buah keluarga asnaf dan setiap keluarga akan menerima 2 Kilogram daging segar sebelum berakhirnya Ramadhan.



Sebagai usaha untuk meraikan permintaan mereka, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini dan mudah-mudahan, usaha kecil kita ini di separuh akhir Ramadhan akan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Nabi S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani) dan ada seorang lelaki bertanya kepada Baginda, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (Sahih Bukhari dan Muslim).


Nabi SAW juga ada bersabda: “Takutlah kamu dari seksaan api neraka walaupun dengan bersedekah separuh buah tamar.” (Sahih al-Bukhari dan Muslim).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2022

SITI AZURA BINTI ABDUL RAHMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2022

KHAIRUL ANUAR MOHD ARIFFIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat