YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 09, 2022

PESAKIT DIALISIS ASNAF PERLUKAN BANTUAN

RM397 / 5.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh pesakit dialisis asnaf. Kasihanilah mereka dan jom kita hulurkan bantuan!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sesungguhnya nikmat kesihatan tidak dapat digambarkan betapa besarnya nilai dalam kehidupan manusia. Kita diajar oleh agama bahawa kesakitan adalah asbab penghapusan dosa dan kemuliaan darjat di sisi Allah SWT. Namun bagi mereka yang sedang menghadapi dugaan ini, amatlah berat untuk mereka menanggungnya ditambah pula apabila pesakit adalah dari golongan orang susah atau miskin. 



Program ziarah skuad kami baru-baru ini menemui beberapa orang pesakit dialisis yang amat menyedihkan. Mereka ini bukan sahaja diduga dengan sakit buah pinggang kronik yang terpaksa menjalani proses dialisis, namun mereka ini sebenarnya adalah golongan asnaf. Ada di kalangan mereka adalah ibu tunggal yang terpaksa menyara anak dan sebahagian lagi tidak berkeluarga. Walaupun mereka ada menerima bantuan bayaran caj rawatan dari pihak zakat, namun untuk keperluan lain seperti kos ubat-ubatan tertentu dan kos pengangkutan ke pusat dialisis tidak termasuk dalam senarai bantuan.



Di atas rasa simpati terhadap golongan pesakit dialisis asnaf ini, Yayayan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan sedikit bantuan kewangan khusus untuk kos pembelian ubat-ubat tertentu dan kos pengangkutan untuk tujuan pergi balik untuk mendapatkan rawatan serta sedikit bantuan keperluan asas harian mereka berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, telur, tepung gandum, bihun, biskut dan sebagainya yang difikirkan perlu. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 20 orang pesakit yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi melihat golongan pesakit dialisis asnaf dapat meneruskan kehidupan mereka dengan baik. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sekurang-kurangnya mampu meringankan beban yang sedang mereka tanggung. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar kepada kita semua atas infaq yang kita hulurkan.



Dari Sayyidina Abu Darda', iaitu 'Uwaimir Radhiyallahu 'Anhu berkata: Saya mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:


"Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR Abu Daud)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 20, 2022

Kempen Sumbangan Tamat