YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Apr 11, 2022

TAHFIZ MENGEKAL ZURIAT AL-QURAN

RM1,205 / 0.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000

58 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama berinfaq bagi menjayakan pembinaan Pusat Tahfiz dan Pengajian Al-Quran untuk melahirkan generasi Al-Quran yang terbaik. Insyaallah


Assalamualaikum Wbt, As-Syahid Syed Qutub telah menulis dalam kitabnya maa’lim fit-tariq, bahawa para sahabat Rasulullah SAW adalah generasi Al-Quran terbaik yang pernah lahir di tengah umat manusia. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat110: “Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”.


Syed Qutub menegaskan bahawa generasi Al-Quran hanya akan dapat dilahirkan kembali apabila umat Islam memiliki dan melaksanakan tiga langkah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan di kalangan generasi sahabat terdahulu. Langkah-langkah tersebut ialah:


Pertama : Umat Islam perlu mencintai Al-Quran dan menjadikannya sebagai satu-satunya sumber rujukan dalam kehidupan. Ini bermakna, Al-Quran harus ditanam dalam hati dan fikiran, serta

menjadi roh dalam setiap nafas kehidupan.


Kedua : Umat Islam hendaklah memiliki ketaatan yang tidak berbelah bagi terhadap perintah-perintah Allah dalam Al-Quran serta perlu disatukan dalam jiwa raga umat Islam dan digunakan dalam kehidupan mereka. Al-Quran tidak sepatutnya hanya tersimpan dalam karya-karya ilmiah semata-mata, tetapi ia mesti difahami dan diamalkan.


Ketiga : Syed Qutub turut menegaskan bahawa umat Islam hendaklah meninggalkan jahiliah moden termasuk cara hidup serta pemikirannya.



Atas dasar ingin melihat umat generasi hari ini menjadi generasi Al-Quran terbaik, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya diwujudkan sebuah Pusat Tahfiz Pengajian Al-Quran yang akan didirikan di sebidang tanah wakaf di Simpang Renggam, Johor. Pusat Tahfiz ini masih dalam pembinaan dan akan dikenali sebagai Pusat Tahfiz Unais (nama Unais diambil bersempena dengan nama gelaran seorang Sahabat Rasulullah SAW iaitu Anas bin Malek)



Mengenai Pusat tahfiz ini, pembinaan bangunan telah siap hampir 40% namun kerja-kerja pembinaan terpaksa ditangguhkan akibat kekurangsn kos. Anggaran kos binaan termasuk kerja-kerja meratakan tanah telah dikeluarkan oleh pihak yayasan sebanyak RM63,000. Oleh itu pihak yayasan memerlukan dana Infak tambahan sebanyak RM200,000 untuk menyempurnakan kerja-kerja pembinaan iaitu RM120,000 untuk bangunan dan RM80,000 untuk kelengkapan perkakasan.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan pembinaan pusat tahfiz ini dan semoga usaha yang kita cuba bangunkan untuk melahirkan generasi Al-Quran akan mendapat redha, keampunan dan pertolongan dari Allah SWT. 



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2022

Kempen Sumbangan Tamat