YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 10, 2022

ANAK OKU YATIM PIATU PERLU DIBANTU

RM4,084 / 68.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

217 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama membantu menghulurkan bantuan untuk anak-anak OKU yatim piatu miskin. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Betapa bersyukurnya kita apabila boleh membesarkan anak-anak dengan sempurna. Mereka sentiasa bersama kita. Anak-anak kita tentunya gembira dan seronok dapat hidup dan membesar dengan kehadiran kita sebagai ibu bapa. Namun, di rumah-rumah jagaan anak yatim, terdapatnya anak-anak yang bukan hanya mereka ini berstatus anak yatim malah mereka ini adalah golongan OKU. Ada yang cacat penglihatan, cacat kaki dan tangan, lumpuh dan ada yang menghadapi masalah mental serta sebagainya. Walaubagaimanapun, mereka perlukan kehidupan seperti insan lain.



Lawatan kami ke beberapa buah pusat jagaan anak yatim persendirian, menemui anak-anak yatim dan sebahagiannya anak yatim piatu OKU ini. Mengikut maklumat dari penjaga pusat jagaan ini, ramai anak-anak yatim OKU ini adalah ‘anak buangan’ yang mana ibu atau bapa mereka enggan menerima kehadiran anak yang tidak sempurna.


Namun, ada juga yang kematian ibu bapa dan keluarga tidak sanggup untuk menjaga. Disebabkan rasa simpati dan kasih sesama insan, pusat-pusat jagaan ini mengambil mereka untuk dijaga dengan penuh kasih sayang. Pusat-pusat jagaan ini sangat memerlukan bantuan dan sokongan orang ramai untuk terus menabur bakti kepada anak-anak yatim OKU ini.



Oleh itu, atas rasa simpati terhadap anak-anak OKU yatim dan piatu ini, maka pihak Yayasan akan menyalurkan bantuan makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, minyak masak, garam, gula, biskut dan sebaginya serta sedikit bantuan kewangan. Bantuan ini akan menyasarkan tiga buah pusat jagaan anak-anak yatim OKU yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang yang akan memberi manfaat kepada 40 orang anak-anak OKU yatim dan piatu.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi melihat anak-anak OKU yatim piatu ini disantuni agar mereka dapat meneruskan kehidupan yang sempurna. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis Riwayat Muslim)



Rasulullah SAW juga ada bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 23, 2022

SHUKOR JALIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 23, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat