YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 22, 2022

SUMBANGAN MAKANAN ASAS UNTUK IBU TUNGGAL ASNAF

RM320 / 4.57 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menyumbang makanan asas kering untuk ibu tunggal asnaf. Jom kita ringankan beban hidup mereka!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Golongan ibu tunggal yang membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi amat memeritkan. Apatah lagi sekiranya ibu tunggal tersebut adalah golongan asnaf dan miskin. Susah payah dan kepenatan mencari rezeki terpaksa dilupakan demi melihat anak-anak mereka dapat hidup dengan sempurna. Pengorbanan ibu tunggal ini sememangnya mendapat pengiktirafan dalam agama yang mana Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:


"Orang yang berusaha memenuhi keperluan ibu tunggal dan orang miskin, pahalanya seperti mujahid fi sabilillah atau seperti orang yang rajin berpuasa di siang hari dan rajin tahajud di malam hari."

(HR. Bukhari dan Muslim).



Ziarah kami ke beberapa lokasi di Selangor baru-baru ini telah menemui beberapa orang ibu tunggal yang membesarkan anak-anak yang masih bersekolah dengan kecukupan yang ada dan begitu mengharapakan bantuan pihak luar sebagai bantuan tambahan bagi meneruskan hidup. Mereka ini adalah ibu tunggal asnaf yang kebanyakkan adalah pekerja bawahan seperti pembantu kedai makan, pegawai keselamatan, tukang sapu, tukang cuci dan peniaga kecil-kecilan.



Dengan rasa simpati terhadap golongan ibu tunggal asnaf ini, Yayayan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban yang sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang ibu tunggal yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan ibu tunggal asnaf ini membesarkan anak-anak mereka. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat