YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Apr 19, 2023

SEDEKAH UNTUK NELAYAN ASNAF

RM2,395 / 39.92 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

86 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Di penghujung Ramadhan ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan untuk golongan nelayan asnaf. Jom kita bantu mereka!


Di saat umat Islam sedang sibuk bagi persiapan menyambut 1 Syawal yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi, jangan sekali-kali kita lupa terhadap golongan nelayan kecil yang mana mereka ini adalah golongan asnaf yang perlu diberi perhatian. Mereka mencari rezeki dengan bergantung harap terhadap hasil laut dan cuaca. Pendapatan mereka sangat tidak menentu. Walaupun sebahagian mereka ada menerima bantuan dari kerajaan, namun jumlahnya amatlah minima untuk menampung kehidupan lebih-lebih lagi yang mempunyai ramai anak.



Kunjungan kami baru-baru ini ke beberapa buah kampung nelayan di sekitar negeri Johor baru-baru ini mendapati ramai di kalangan mereka yang memerlukan bantuan dan ihsan dari kita. Mereka terdiri daripada golongan nelayan miskin yang sebahagiannya ada yang terpaksa menanggung ibu bapa yang uzur dan anak-anak istimewa.



Atas rasa prihatin terhadap golongan nelayan miskin ini, maka pihak Yayasan melalui program bantuan ihsan akan menyalurkan bantuan keperluan berbentuk makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, bihun, minyak masak, telur dan sebagainya serta sedikit pemberian duit raya untuk mereka. Sasaran bantuan ini akan melibatkan golongan nelayan asnaf yang berjumlah 150-200 orang yang berada di beberapa perkampungan nelayan di sekitar negeri Johor.



Justeru itu, pihak Yayasan mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat golongan nelayan miskin dan ahli keluarga mereka. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat keampunan dan ganjaran yang besar dari Allah SWT.



“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2023

KHAIRUNNISA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat